
ADHA datang lagi.
Masa yang terbaik buat kita untuk berubah.
SABAR dan MUJAHADAH.
Antara 2 perkara penting untuk berubah. Point daripada ceramah semalam.
Insya Allah, saya akan berusaha untuk memperbaiki diri.
Perkara utama yang ingin diperbaiki adalah pengurusan masa.
Jujurnya,pengurusan masa saya sangat teruk. Mungkin sebab tak pernah duduk asrama dulu. Dulu, belajar pun ikut mood je. Tiada masa yang spesifik untuk belajar. Bila ada rasa nak belajar, baru belajar. Kadang-kadang, bila ibu ingatkan, baru belajar. Hehe. Sekarang pun, masih lagi tunggang-langgang. Memang teruk.
Tapi,sejak dah masuk dunia medik yang sebenar ni, pengurusan masa amatlah tersangat penting. No more study last minute. Kalau nak buat jugak, konfem pecah kepala. Huhu. Kalau dulu, masa 1st year boleh lagi nak main-main sikit. Tapi,sekarang bukan bermakna tak boleh nak main-main. Cuma, kena lebih fokus dan pandai bahagi masa.
Dalam Surah Al-Asr mafhumnya :
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebaikan dan untuk kesabaran.
[Al-Asr,103 :1-3]
Rasanya tak payah nak elaborate panjang-panjang kot mafhum surah ni. Semua mesti dah tau dan dah faham. Paling-paling pun,konfem semua dah hafal surah ni kan. Dan dah tahu da pun maknanya. Yelah, Raihan kan ada lagu pasal nih. Budak kecik 5 tahun pun dah pandai nyanyi dan dah hafal pon surah ni. Hehe. Cuma, biasalah manusia, selalu terleka,selalu terlupa. Dah tau tapi susah sangat nak amal. Insya Allah, lepas ni sama-sama kita perbaiki diri kita. Semak balik mana yang patut diperbaiki. Muhasabah diri balik [peringatan buat diri sendiri terutamanya].
Semasa dalam lecture microbiology hari tu pun, doc Ziyad ada cakap pasal pengurusan masa ni. Antara point dia, '' If u manage your time wisely, u'll succeed in your life''. Lebih kurang macam tu lah dia cakap. Dan saya memang sangat respek dengan doktor ni. Sebab dia memang over punctual orangnya. Student x ramai yang dah ada kat lecture hall, tapi dia dah sampai dah. Lecture tak pernah start lambat. Kenapa nak kagum sangat dia datang awal? Sebab, orang arab ni, selalunya sangat tidak punctual [ ini adalah kenyataan ]. Sape2 yang dah duduk dekat negara arab ni, taula macam mana perangai mereka ni. Ingatkan janji Melayu yang paling teruk. Rupanya, janji Arab lagi teruk. Hehe. Lagi satu, doktor Ziyad ni cakap memang tak henti-henti [ tapi saya sangat susah nak concentrate dalam kelas dia.fikiran selalu melayang.ok,lepas ni kena berubah ok. i'll try ][ point ni takde kaitan ngan masa,sila abaikan.haha ]
oh, saya sudah merepek nampaknya.
Back to the point.
Insya Allah lepas ni, saya akan cuba untuk menjaga masa saya.
Ada pepatah arab tentang masa nih,
الوقت كاالسيف ان لم تقطعه قطعك
Maksudnya, ''Masa itu ibarat seperti pedang, kalau kamu tak memotongnya,maka dia akan memotong kamu''
Memetik dari kata-kata Imam As-Shahid Hassan Al-Banna pulak,
''Tanggung jawab melebihi masa yang ada''
Jadi,nampak kat sini yang MASA itu amatlah penting. Apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita berubah!
Kadang-kadang benda simple macam ni lah yang kita tak berapa nak ambil berat,tapi sebenarnya sangat penting. Kan? ^____^
ps : Selamat Hari Aidiladha buat semua yang mengenali diri ini. Khususnya buat keluarga tercinta di Malaysia. uhuks. Oh, rindunya mereka-mereka!
pps : Unta-unta, kambing-kambing dan lembu-lembu berada di mana sahaja. Tak teringat nak snap gambar pulak. Insya Allah nanti akan dikongsikan :)